Langkau ke kandungan utama

Catatan

Yang Ditampilkan

Tips pilih ikan pari segar untuk masak asam pedas Melaka

Teman andak pergi pasau besau kejap.  Andak ni makcik aku. Dia telefon semalam cakap nak pergi pasau. Nak carik ikan pari nak buat asam pedas. Aku pun tolonglah bawak. Memang dia pusing habis cari ikan pari yang betul-betul dia nak. Orang-orang lama ni dia memang detail sikit pilih barang basah. Ada SOP dia. Ini antara tips pilih ikan pari yang aku nampak andak buat: 1) Tak boleh bau pelik-pelik. Kena guna deria bau. Kalau terbau "hancing" reject terus. 2) Isi pari segar warna putih cerah, bukan kelabu kusam. 3) Cuba tekan sikit isi, kalau kenyal dan tak lembik tu confirm segar. 4) Kulit ikan tak ada lendir pekat atau ada tompok hitam yang pelik-pelik. Kalau ada, reject jugak. 5) Mintak terus tokey kedai buang kulit dengan potong ikut saiz yang sesuai untuk masak asam pedas. Andak ni memang pakar tawar menawar. Sampai tokey kedai pun garu kepala woo layan dia.😅 Lepas ke pasau, andak mintak pulak singgah pergi family store kipmart dekat seb...

Catatan Terbaharu

Pes Asam Pedas Pak Man: Rahsia Masakan Melaka Paling Senang & Sedap

Enrique De Malaca, Wira Bangsa Melayu Yang Dilupakan: Adakah Dia Benar-Benar Orang Pertama Mengelilingi Dunia?

Event Brisk Walk Jejantas Tun Teja 2025 – Aktiviti Sihat & Happening di Melaka

Kampung Morten. Kampung tradisional Melayu yang masih gagah di tengah Bandar.

BAS.MY Melaka: Panduan Cara Guna Bas Percuma & Jalan Laluan 2025.

Accident depan mata di Klebang

Homestay Blue Wave Melaka (Kota Laksamana)