Taman rekreasi bukit Serindit, Melaka
Hari ni buat brisk walk sikit dekat tempat yang menjadi tumpuan orang Melaka pada setiap hujung minggu.
Ada trek larian, sesuai untuk aktiviti brisk walk yang macam aku buat. Satu pusingan boleh la dapat lebih kurang 2 KM.
Dekat sini taman permainan pun ada. MBMB baru je naik taraf taman permainan ni. Lebih baru, cantik dan lebih selamat untuk anak-anak kita bermain. Daripada bawak pegi main dekat dalam mall, lebih baik bawak anak-anak pergi sini je. Free.
Tempat letak kereta pun banyak. Belah depan ada, belah belakang pun ada. Selain tu tandas awam pun disediakan di beberapa lokasi.
Aku jugak baru perasan ada trek push bike yang disediakan. Selain skate park mini yang baru buka (cuma hambar sikit). 

Sebelah petang selalunya ada aktiviti senam robik dekat sini. Jadi abang kakak boleh la join sekali keluar peluh.
Ulasan
Catat Ulasan