Masuk percuma ke tempat-tempat menarik di Melaka pada 20 Februari 2025
Bersempena Hari Memperingati Tarikh Pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Banda Hilir pada tanggal 20 Februari 1956, Ketua Menteri Melaka umumkan kemasukan percuma ke tempat-tempat pelancongan pada hari Khamis ini (20 Februari 2025). Antara tempat pelancongan yang terlibat:
1. Melaka River Cruise
2. Menara Taming Sari
3. Zoo Melaka
5. Ayer Panas Cherana Putih
6. Melaka Wonderland Theme Park
7. Balai Cerap Al-Khawarizmi
8. “A’Famosa Water World
9. Kompleks Ayer Panas Gadek
10. Muzium Penjara
11. Lima kelab golf seperti: Ayer Keroh Country Club (AKCC), Tiara Country Club, Orna Golf and Country Club, A’ Famosa Golf dan Jasin Golf Heritage
Seperti diumumkan KM kemasukan percuma ini bukan sahaja terhad untuk pemegang IC "04" tetapi ianya terbuka untuk seluruh rakyat Malaysia yang datang ke Melaka.
Tak ada plan nak pergi mana cuti nanti? Pilih je mana-mana tempat dalam senarai diatas. Yang penting mau sabar beratur.
Ulasan
Catat Ulasan