Accident depan mata di Klebang

Tadi masa balik dari bawak budak-budak mandi dekat Pantai Puteri aku lalu Klebang.

Biasalah, time cuti sekolah banyak kereta. Jem sana-sini. Aku pun layan jelah jem tu.
Aku perasan yang kereta depan aku kenari warna merah nak buat uturn. Betul-betul masa kenari merah tu tengah pusing nak uturn, ada motor warna kuning sedang memotong dari belah kanan.

Apa lagi...bam!!

Fuhh.. accident depan mata aku live. Wife yang tadi lena tidur dekat belakang terus terjaga.

"Astaghfirullahalazim"!!

Aku pun terus bagi signal dan berhenti kereta dekat tepi jalan.
Aku pergi dekat penunggang motosikal tu. Ada satu lagi brader aku nampak berlari pergi angkat motosikal dekat tengah jalan.

Berselerak semua barang-barang dia atas jalan. Aku cuba tenangkan abang tu. Sebab lepas accident biasanya akan ada "fasa terkejut". Minda macam lost. Rasa blur. Siapa pernah accident dia akan faham.
Aku sambung cari barang-barang tengah jalan. Mata aku terpaku pada satu benda warna hitam.

Eh..Dompet. Aku ambil dan bagi dekat abang tu yang dah pun dipindahkan ketepi jalan dengan bantuan orang ramai.
Abang yang accident tu minta tolong aku ambil beg dia dalam raga motor. Aku pergi ambil. Ternampak makanan yang dibungkus  dalam beg plastik. Mungkin abang tu baru je beli makanan tu tadi. Tak sempat makan. 😭

Ada sorang perempuan aku dengar tengah telefon ambulan. Jadi aku pun tunggulah sampai ambulance sampai. Sambil-sambil tu sempat jugak borak dengan brader yang tolong alihkan motor tengah jalan tadi.

Rupanya dia tengah bercuti dekat Melaka. Orang luar. Kebetulan accident ni jadi masa dia tengah keluar jalan-jalan. Dia berhenti dan terus hulurkan bantuan.

Dalam 10 minit ambulan pun sampai dan abang tu selamat naik ambulan dan dibawa ke hospital.
Musim-musim cuti sekolah ni memang banyak kereta dekat Melaka. Jadi hati-hatilah memandu okey. Setakat sikit-sikit tu bertolak ansurlah atas jalan.

Taknak la salahkan sesiapa tapi akak yang memandu kenari merah kena lebih alert lepas ni sebelum nak uturn. Kena cari tempat yang lebih selamat kalau nak uturn.

Semoga abang motor kuning tu cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Amin...

Ulasan

Homestay Blue Wave Melaka (Kota Laksamana)