Event Brisk Walk Jejantas Tun Teja 2025 – Aktiviti Sihat & Happening di Melaka

Bila perut dah makin ke depan ni kena lah excercise sikit. Semalam aku sempat join Melaka Brisk Walk @ Jejantas Tun Teja anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Program ni dianjurkan bersempena Road To World Tourism Day (WTD) 2025. Dianggarkan seramai 800 peserta join Brisk Walk santai ni semalam.
Macam-macam orang join brisk walk ni. Kanak-kanak ada, warga emas ada, yang kelainan upaya pun ada. Ada jugak yang sanggup datang dari jauh-jauh. Pemenang cabutan bertuah semalam tak silap ada yang datang dari Johor Bharu.

Peserta dilepaskan bermula dari Peringgit melintasi jejantas Tun Teja kemudian melalui depan Melaka Sentral dan seterusnya melalui di tepian sungai Melaka memasuki Taman Rumpun Bahagia.

Berjaya jugak la habiskan 5KM brisk walk sambil bawak anak 3 orang. Kami menjadi peserta terakhir yang sampai ke garisan penamat. ๐Ÿ˜…
Sempat jugak la bergambar dengan Datuk Bandar, Datuk Shadan Othman atas jejantas semalam.

Terima kasih abang-abang, kakak-kakak dan seluruh warga MBMB yang banyak membantu kitorang habiskan brisk walk semalam.

Ulasan

Homestay Blue Wave Melaka (Kota Laksamana)