Enrique De Malaca, Wira Bangsa Melayu Yang Dilupakan: Adakah Dia Benar-Benar Orang Pertama Mengelilingi Dunia?
Kita semua tau yang Datuk Azhar Mansor adalah rakyat Malaysia pertama mengelilingi dunia secara solo pada tahun 1999.
Tapi korang tau tak yang 488 tahun sebelum tu ada orang Melaka dah keliling dunia dulu?
Kisahnya begini..
Masa Portugis serang Melaka pada tahun 1511 ada sorang budak Melaka ni ditawan Portugis.
Alfonso Albuquerque serahkan budak tu kepada Ferdinand Magellan untuk dijadikan hamba.
Magellan ni dikenali sebagai seorang pelayar hebat dari Portugal.
Lepas je ambik jadi hamba, budak Melaka ni dibawa Magellan berlayar balik ke Lisbon, Portugal. (Ogos 1511-Jun 1512).
Dalam catatan Antiono Pigafetta, budak Melaka ni digelar sebagai Enrique De Malaca. Pigafetta ni kira kawan baiklah kepada Magellan. Setiap pelayaran Magellan, dia akan tulis dan rekod.
Tahun 1513 Enrique ikut Magellan pergi perang dekat Azamor, Maghribi. Magellan cedera teruk. Kaki sebelah dia tempang. Dikatakan Enrique jaga dia ketika cedera.
Tahun 1515 Enrique dan Magellan kembali ke Lisbon, Portugal. Diorang ada konflik sikit dengan Raja Manuel l (Raja Portugal) yang tak nak sokong misi pelayaran diorang.
Apa yang diorang buat, diorang pindah pulak ke Sepanyol. Berita baiknya diorang dapat sokongan dari Raja Charles l (Raja Sepanyol).
Tak tau la apa yang Magellan goreng Raja Charles l. Sampai dia berjaya dapat 5 buah kapal dengan 270 orang anak kapal.
Tapi memang masa tu nampak Sepanyol cuba nak lawan Portugal untuk kuasai bekalan rempah ratus dekat asia tenggara ni.
Cumanya diorang tak dapat buat sebab ada perjanjian Tordesillas sebelum tu. Sepanyol tak boleh kacau laluan Portugal. Portugal tak boleh kacau laluan Sepanyol.
Kalau nak pergi jugak nusantara, Sepanyol kena cari laluan lain. Laluan baru.
Jadi dengan adanya Magellan yang hebat berlayar bersama pulak Enrique yang ada kebolehan menterjemah (tahu bahasa Portugis, Sepanyol dan Melayu) dapat la bantu Sepanyol kuasai bekalan rempah ratus dekat nusantara.
Mungkin sebab tu la Raja Sepanyol yakin untuk sokong ekspedisi yang dipanggil armada Maluku ni.
Cuma nak pergi tu Magellan terpaksa ikut lautan pasifik yang sebelum tu tak ada siapa pernah buat. Diorang taknak orang-orang Portugis tahu.
10 Ogos 1519, 5 buah kapal yang diorang dapat tu berlepas dari pelabuhan Seville, Sepanyol. Enrique bersama Magellan dalam kapal Trinidad. Kapal Utama.
20 Januari 1520 diorang sampai Santa Lucia (sekarang dipanggil Rio De Janeiro, Brazil).
21 Oktober 1520 diorang sampai Sungai Plata - Selat Magellan yang berada dekat negara Chile.
Lepas tu diorang terpaksa merentasi lautan pasifik yang mencabar. 99 hari diorang atas kapal. Ramai anak kapal terseksa sepanjang pelayaran tu. Ramai yang jatuh sakit.
6 Mac 1521 Diorang selamat sampai pulau Mariana yang terletak dekat Guam.
Selepas Guam diorang pergi ke Pulau Samar dan ke Pulau Cebu yang terletak dekat Filipina pada 7 April 1521.
Masa dekat Pulau Cebu ni lah tercetusnya pertempuran Mactan. Pertempuran ni berlaku sebab Magellan nak tolong Raja Humabon yang kononnya dah jadi sekutu Sepanyol.
Dekat kepulauan Cebu ada dua orang ketua besar. Raja Humabon dan Raja Lapu-Lapu. Diorang ni memang rival lama dah dekat situ.
Jadi si Magellan ni pergi la serang Raja Lapu-Lapu dekat pulau Mactan. Tapi yang jadi penghalang besar adalah diorang tak boleh bawak kapal pergi rapat dekat pulau tu. Sebab air cetek dan banyak batu karang. Diorang tak dapat lancarkan serangan meriam dari atas kapal.
Jadi diorang turun dan lawan secara berdepan dengan orang-orang Mactan. Tapi Magellan tersilap langkah. Jumlah orang-orang Mactan berlipat kali ganda lebih ramai. Ditambah pulak waktu tu semangat Raja Lapu-Lapu fight lain macam.
Magellan tewas dalam pertempuran tu. Dia sendiri kena panah berbisa dan ditikam sehingga kehilangan nyawa dia sendiri.
Enrique dan saki baki anak kapal yang lain tercedera berundur kembali ke pulau Cebu dimana Raja Humabon ada dekat situ.
Dalam catatan Pigafetta, pada 28 April 1521 Enrique ada bertengkar dengan Duarte Barbosa dan Joao Serrao.
Enrique naik angin sebab Barbosa ni taknak ikut wasiat yang ditinggalkan Magellan. Barbosa ada kuasa selepas kematian Magellan.
Dalam wasiat Magellan sendiri ada tertulis yang Enrique De Malaca hendaklah dibebaskan dan diberi ganjaran 10,000 maravedis (Duit syiling tembaga Sepanyol) sekiranya Magellan terkorban.
Tapi Si Barbosa tetap taknak lepaskan. Enrique kena terus jadi hamba kepada isteri dan waris Magellan pulak dekat Sepanyol.
Masa saki baki anak-anak kapal Sepanyol berada dekat pulau Cebu tu, diorang diperlawa Raja Humabon untuk jamuan makan-makan.
Masa diorang tengah sedap-sedap melantak tu tiba-tiba diorang diserang hendap oleh tentera Humabon pulak. 27 orang mati dibunuh termasuk la Barbosa. Peristiwa ni disebut sebagai "Jamuan Kematian".
Para sejarawan ada jugak buat teori yang peristiwa "Jamuan Kematian" tu sebenarnya dah dirancang Enrique dan Raja Humabon.
Hujahnya kerana diorang berdua ni memang rapat sebab boleh borak-borak guna bahasa melayu. Bahasa Melayu masa tu bahasa lingua franca. Satu nusantara pakai.
Lepas kejadian "Jamuan Kematian" tu takda lagi dah rekod pasal Enrique De Malaca ni. Pigafetta yang rajin menulis tu pun dah balik kampung dia dekat Sepanyol bersama 17 anak kapal lain.
Sehingga ke hari ini kemana Enrique menghilang terus jadi tanda tanya dan misteri.
Cuma sejarawan ada la kemukakan 3 kemungkinan.
1. Enrique terus menetap di pulau Cebu dibawah pemerintahan Raja Humabon.
2. Enrique mungkin pulang kembali ke Melaka.
3. Enrique ikut berlayar ke Pulau Maluku kerana khidmatnya masih diperlukan sebagai penterjemah.
Tahun 1958 Harun Aminurrashid ada tulis novel bertajuk "Panglima Awang". Merujuk kepada Enrique De Malaca ni.
Sejarah pasal Enrique De Malaca membuktikan bahawa orang melayu sejak dulu lagi adalah bangsa yang hebat.
Enrique atau "Panglima Awang" ni simbol kepada sifat berani, bijak dan berdaya tahan menghadapi segala tekanan.
Daripada seorang budak tawanan perang, menjadi hamba, sehingga menjadi orang kanan Magellan yang paling dipercayai.
Cuma apa yang aku tulis ni hanya 10% je tau dari cerita keseluruhan pasal Enrique De Malaca ni.
Banyak lagi yang korang boleh tau kalau korang pergi ke pameran Enrique De Malaca yang tengah berlangsung di Encore Melaka dari 23 - 30 September 2025. Masuk adalah percuma tau.
MENGENAL SEJARAH BERERTI MENGENAL DIRI.
Mana lagi..Melaka Lerr...๐
Ulasan
Catat Ulasan