Trivia pasal selat Melaka yang korang wajib tahu.

Ok. Hari ni aku nak cerita sikit pasal selat Melaka.

Selat Melaka ni kalau korang nak tahu, adalah selat paling sibuk didunia. Dianggarkan 100,000 kapal lalu selat ni setahun. 25% dagangan barang-barang dunia lalu dekat sini.
Selat ni jugak kaya dengan cerita-cerita sejarah tau. Sejak dari zaman kerajaan Srivijaya sampai la zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15. Ini la dia laluan pedagang dari arab, india dan China untuk ke Melaka bagi mendapatkan rempah ratus.

Sepanjang selat Melaka ni ada beberapa tempat menarik yang korang boleh lawat. Antaranya:

👉Pantai Pengkalan Balak, Pantai Puteri, Pantai Tanjung Bidara sesuai untuk berkelah bersama keluarga.

👉Dataran 1Malaysia Klebang. Ada fun fair, food truck, ATV, tempat healing tepi pantai, jogging track, go kart dan naik kuda.

👉Pusat konservasi dan penerangan Penyu (PKPP).

👉Masjid Selat. Terletak dekat Pulau Melaka. Kelihatan seakan-akan terapung di atas air. Cantik permandangan sunset dekat sini.

👉Perkampungan Portugis - Tempat komuniti Portugis dekat sini. Tarikan utama adalah Portuguese Square. 

👉Muara ikan bakar sungai Duyung dan medan selera Umbai - tempat untuk korang cari makanan seafood.

👉Pulau Besar. Terletak dekat tengah selat Melaka. Pulau ni sangat lagenda sehingga banyak kisah-kisah mistik dikaitkan dengan pulau ini

Selain kaya dengan khazanah sejarah, selat Melaka mempunyai macam-macam tempat pelancongan menarik. Kalau korang ke Melaka, jangan lupa untuk pergi tempat yang aku sebut tadi ya. Have fun! 😁


Mana lagi...Melake Lerrr....

Oh yaa..kalau korang nak booking hotel aku suggest pakai Agoda je senang. Ni aku dah siap-siap list hotel dan homestay yang ada dekat Melaka. Korang boleh klik link ni OK (Agoda - Hotel/Homestay Melaka)









Ulasan

Popular

Homestay Blue Wave Melaka (Kota Laksamana)