Jalan-Jalan ke Taman Buaya & Rekreasi Melaka: Tempat Best untuk Family

Sempena cuti umum negeri Melaka isnin lepas, aku pun bawak la budak-budak 3 ketol aku ni pergi Taman Buaya & Rekreasi Melaka. Aku dengan wife plan untuk bawak diorang datang sini sebab hari tu Melaka memang panass gile

Dalam Taman Buaya ni pulak ada waterpark. Jadi selain bawak diorang tengok-tengok encik buaya bersama rakan-rakannya dekat dalam, boleh la jugak budak-budak ni bermandi manda. So, boleh buat dua aktiviti dekat tempat yang sama. (tempat je sama. Kolam buaya asing tau 😅)

Taman Buaya ni sebenarnya dah beroperasi sejak tahun 1987 dan merupakan Taman buaya terbesar yang dalam negara kita. Lokasi dia pulak berhadapan dengan Zoo Melaka. 5 KM je dari plaza tol Ayer Keroh.

Harga tiket pulak sebab aku datang hari public holiday dewasa kena RM 19, kanak-kanak RM 15, warga emas RM 12. Kalau anak korang bawah umur 5 tahun, percuma je masuk.

Dekat kaunter tiket tu korang jugak boleh beli makanan untuk feeding haiwan-haiwan dekat dalam tu. RM 10 je satu bungkus.


Macam biasa lah, sebelum nak masuk pusing-pusing dalam tu ada servis ambik gambar untuk korang buat kenang-kenangan. Tapi terpulang la kat korang nak beli ke tak gambar tu masa keluar nanti.

Bila korang masuk, korang akan nampak bangunan-bangunan mini dan comey tersergam indah mirip KLCC, A famosa, masjid negara, parlimen, putrajaya, tugu negara dan lain-lain binaan ikonik yang ada dekat Malaysia. Taman miniature ni akan buat diri korang rasa seperti kingkong gergasi yang tengah berjalan tengah-tengah bandar. 😅

Lepas je taman miniature tu korang akan berjalan masuk ke dalam reptile house. Dalam tu ada dipamerkan bermacam-macam jenis ular dan kura-kura.

Macam anak-anak aku ni suka betul feeding kura-kura. Banyak gila kura-kura dalam kolam tu. Semua akan datang dekat korang bila korang start hulur kangkung. Manja semua. Tak takut dekat kitorang langsung.


Lepas tengok reptilia semua, korang boleh masuk pulak ke rumah unggas. Dekat sini bermacam-macam jenis unggas ada. Ayam belanda ada, ayam kampung ada, burung merak, dan itik pun ada. Dedak yang korang beli dekat kaunter tadi boleh la korang tabur bagi ayam-ayam dekat sini makan.

Sini pun sama jugak, sekali korang tabur dedak, semua ayam akan kerumun dekat korang. Anak aku si Kamila ni sampai lari sebab takut kena kejar ayam. Memang ayam-ayam ni dah terbiasa dengan manusia. Mana tak nya, dianggarkan lebih 100,000 pengunjung datang Taman Buaya ni setiap tahun.

Kitaorang sempat jugak tengok pertunjukkan buaya. Abang-abang petugas tunjukkan cara bagi makan ayam pada buaya. Besar gila mat buaya tu. Sekali ngap je. Settle seketul ayam tu. Aku tak ingat buaya jenis apa. Tapi yang aku ingat buaya tu namanya Izzah. (Bukan nurul izzah 😅)

Dekat Taman Buaya ni semua diberi makan ayam segar. Tapi petugas tu bagi tau kalau di habitat asalnya, buaya akan makan apa saja makhluk berkaki dua dan berkaki empat. Semua pun dia telan. Karnivor sejati.

Kemudian kitorang visit pulak tempat guinea pig dengan arnab. Dekat sini anak-anak korang boleh suapkan sendiri makanan sambil belai-belai guinea pig dan arnab-arnab tu. Kalau anak korang suka sangat dengan guinea pig tu, korang boleh beli. Memang ada dijual. RM 80 seekor tak silap.


Selesai je bagi makan guinea pig dengan arnab tu kitaorang jalan la pulak pergi ke rumah rusa. Ada dalam 10 ke 15 ekor rusa yang aku nampak dekat situ. Pun korang boleh bagi makan jugak. Rusa-rusa ni akan tunggu je korang untuk hulur carrot. Krup krap krup krap dia kunyah.

Lepas je tengok binatang-binatang dekat situ, anak-anak aku dah mula terkinja-kinja sebab ternampak kolam waterpark dia dekat hujung taman. Tak sabar dah diorang. Aku pun pergi la sana..

Kolam waterpark dekat situ pun boleh tahan luas. Memang dibina khas untuk budak-budak kecik main air. Kedalaman dia lebih kurang tiga kaki je. So, tak takut sangat nak lepas anak-anak untuk mandi sendiri. Tapi tetap kena pantau lah dari jauh

Meja "picnic" pun banyak disediakan dan semuanya berbumbung. So sambil-sambil tengok anak-anak korang berenang tu, korang boleh la healing-healing berkelah dekat tepi kolam.

Paling bagus taman buaya Melaka ni benarkan pengunjung bawak bekal atau makanan dari luar. Tak ada halangan untuk bawak masuk. Dia tak check beg korang macam dekat tempat lain. So lebih jimat kalau korang bawak bekal dari rumah siap-siap

Tapi kalau korang tak bawak bekal pun tak apa, sebab dalam tu pun ada kedai jual snek-snek, makanan dan minuman ringan.

Kesimpulannya Taman Buaya dan Rekreasi Melaka ni memang best. Selain harga tiket yang murah, korang boleh buat macam-macam aktiviti dekat situ. Lokasi dia pun strategik. Senang untuk korang pergi.

Kalau korang nak beli tiket by online pun boleh tau dekat sini 👇👇
https://s.shopee.com.my/4q5zCzjduj

Akhir kata....


Mana lagi?? Melake Lerrr...


*********************************

Kalau korang ada plan nak datang dan explore tempat-tempat menarik dekat Melaka, korang boleh terus booking hotel atau homestay guna Agoda: 👇👇👇

https://www.agoda.com/partners/partnersearch.aspx?pcs=1&cid=1947419&hl=ms-my&city=15121


Bagus guna Agoda sebab:

✔️ Senang cari tempat best

✔️ Harga berbaloi

✔️ Banyak pilihan

✔️ Boleh kumpul point jugak!

 

Klik je link ni okey, aku dah senaraikan hotel dan homestay di sekitar Melaka mengikut budget korang https://www.agoda.com/partners/partnersearch.aspx?pcs=1&cid=1947419&hl=ms-my&city=15121


Terima Kasih. 😁🙏🙏


#Melaka #TamanBuaya

Ulasan

Homestay Blue Wave Melaka (Kota Laksamana)