Program Bila Larut Malam Melaka - Apa yang aku nampak dekat sana.
Akhirnya dapat jugak aku pergi ke program Bila Larut Malam Melaka. Sebenarnya program ni dah lama dianjurkan oleh kerajaan negeri Melaka. Sejak pertengahan tahun 2024 lagi.
Program ni diadakan setiap Sabtu minggu pertama setiap bulan. Bermula dari pukul 11 malam sampai la pukul 2 pagi. Kerajaan negeri buat program ni untuk merancakkan lagi industri pelancongan di Melaka.
Sampai je dekat sana, aku nampak segerombolan manusia tengah tengok persembahan tarian traditional atas pentas sebelah The Stadhuys. Ada pertandingan tarian antara negeri.
Cuma aku tak lepak lama situ, aku terus jalan tengok-tengok barang dekat night market. Panjang gila weyh night market dia. Dari Surau Warisan Dunia Bandar Hilir sampai la tepi Dataran Pahlawan.
Orang panggil situ Uptown Pahlawan Walk. Bukak setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Macam-macam ada jual. Cenderamata, pakaian, makanan, mainan, semua ada.
Oh ya, untuk program Bila Larut Malam ni, kerajaan negeri buat promosi istimewa. Hanya perlu beli tiket RM 10 untuk melawat tempat-tempat pelancongan macam menara taming sari, Melaka river cruise, muzium-muzium dibawah PERZIM, Ghost Muzium dan beberapa tempat lain. Kalau beli 4 tiket korang akan dapat percuma lagi 1 tiket.
Tengah-tengah jalan tu nampak jugak Abang-abang beca kita gigih mengayuh bawa customer diorang. Lampu beca lip lap lap menerangi jalan-jalan. Dengar jugak muzik kuat yang diorang pasang dum dum dum. Nasib aku tak joget sekali tengah jalan 😂
Selain tu ada 2-3 busking dekat area situ. Paling menarik perhatian aksi si cilik menyanyi dengan sangat yakin dan menjiwai lagu Lemak Manis didepan khalayak ramai. Berbakat betul awak dik. 👍👍
Sebelum aku balik, sempat jugak singgah urut kaki sekejap. Memang beberapa hari ni lutut aku ni bermasalah. Kebetulan ada nampak geng tukang urut kaki dekat Dataran Quayside. Semua orang boleh urut dekat sini. Ada disediakan tukang urut lelaki dan perempuan.
Yang urut aku nama dia Ipin. Muda lagi dalam 20-an. Asal dari Felda Palong Negeri Sembilan. Berkahwin dan sekarang duduk Melaka. Rajin Ipin ni, pagi kerja jual durian dekat Cheng. Petang sampai lewat malam pulak dia kerja urut orang.
Ipin urut kuat betul. Tenaga anak muda. Hampir-hampir jugak air mata jantan aku terkeluar. Tapi ok je la. Dia macam sakit-sakit sedap gitu 😂. Harga urutan kaki dekat sini RM 25 untuk 30 minit dan RM 50 untuk satu jam.
Ok lah. Itu jela aku nak cerita. Kesimpulannya program "Bila Larut Malam" ni boleh bagi satu pengalaman baru untuk korang yang nak meneroka nightlife di Melaka.
Mana lagi?...Melake Lerr...
******************
Kalau rasa nak explore tempat-tempat menarik di Melaka, boleh terus booking hotel atau aktiviti dekat sini: 👉 Senarai hotel-hotel best di Melaka.
Bagus guna Trip.com sebab:
✔️ Senang cari tempat best
✔️ Harga berbaloi
✔️ Banyak pilihan
✔️ Boleh kumpul point jugak!
Klik je link ni, dan korang jugak bantu support aku untuk terus berkarya dan share tempat-tempat rare & menarik di Melaka. Terima Kasih 🙏 Senarai hotel-hotel best di Melaka.
#bilalarutmalam #melaka #nightlife #bandarhilir
Ulasan
Catat Ulasan