Borak-borak dengan makcik jual nasi lemak di Ayer Keroh

Semua orang suka makan nasi lemak kan? Tak kiralah apa bangsa sekalipun nasi lemak ni dah kira menu sarapan wajib bagi rakyat Malaysia.

Kalau dekat area Ayer Keroh aku biasa beli nasi lemak dekat sorang makcik ni. Meniaga belakang Aeon Ayer Keroh. Regular customer biasa panggil makcik ni Bibik.

Dia meniaga dari pukul 7 pagi sampai 10 pagi je. Biasanya semua makanan yang dia jual habis licin. Ramai singgah beli bungkus sebelum masuk kerja.

Bibik dah meniaga dekat sini lebih kurang 15 tahun dah. Boleh dikatakan semua pelanggan dia adalah pelanggan tetap. Semua dia kenal. Layan macam ahli keluarga.

Setiap hari seawal jam 3 pagi bibik dah mula masak. Dia akan masak lebih kurang 8 kilo beras sehari. Selain nasi lemak dia ada jual jugak mee, bihun dan nasi goreng.

Bagi aku harga yang bibik jual sangat marhaen. Nasi lemak biasa RM 1.50 je. Banyak tau portion dia. Cukup ada sambal, telur goreng dan ikan kering. Kalau tambah ayam goreng pun RM 4.50 je.

Kadang-kadang kita pulak terfikir boleh untung ke bibik meniaga di zaman yang serba mahal ni? 😅

Aku pernah tanya soalan ni. Jawab bibik bukan keuntungan semata-mata yang dia cari. Tapi syukur bila Tuhan berikan dia nikmat kesihatan dan hidup tenang.

Mungkin inilah rahsia kenapa setiap hari semua makanan yang dia jual habis. Niat dia meniaga sambil nak tolong orang dekat luar sana. 

Selain tu sebelah stall bibik, ada stall jual kuih muih traditional melayu jugak. Ada macam-macam jenis kuih dijual dekat situ.

Kalau korang nak try rasa nasi lemak bibik, boleh waze Madrasah As-Solihin. Bibik meniaga sebelah tu je. Dia meniaga setiap hari kecuali hari ahad.

Waze: https://maps.app.goo.gl/1aeupGN8JRK1ivEf7

Mana lagi??.....Melake lerrr 

******************
Kalau rasa nak explore tempat-tempat menarik di Melaka, boleh terus booking hotel atau aktiviti dekat sini: 👇👇👇
https://trip.tpm.li/6Vrof8Pk

Bagus guna Trip.com sebab:
✔️ Senang cari tempat best
✔️ Harga berbaloi
✔️ Banyak pilihan
✔️ Boleh kumpul point jugak!
 
Klik je link ni, dan korang jugak bantu support aku untuk terus berkarya dan share tempat-tempat rare & menarik di Melaka. Terima Kasih 🙏 https://trip.tpm.li/6Vrof8Pk

#nasilemak #melaka #ayerkeroh #bibik

Ulasan

Popular

Homestay Blue Wave Melaka (Kota Laksamana)