Ronggeng: Tarikan pelancongan atau hiburan melalaikan?

Baru-baru ni Kerajaan negeri Melaka nak mengembalikan seni tari ronggeng sebagai satu seni budaya di negeri Melaka.

Ramai yang bersuara termasuk Ketua Pembangkang DUN Melaka, YB Mohd Yadzil Yaakub. Beliau katakan yang ronggeng ni asalnya dari Jawa dan tidak membawa faedah untuk negeri Melaka.
Namun kenyataan ini disangkal oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Rauf Yusoh yang mengatakan bahawa Ronggeng Melaka ini telah disalahtafsirkan.

Kalau kita rujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (Kamus Dewan keempat) Ronggeng bermaksud penari perempuan, tandak; tarian seperti joget diiringi oleh biola, gendang, dan gong.

Ada macam-macam versi lah macam mana perkataan ronggeng ni berasal.

Ada yang kata dari bahasa Sunda "Rwang" yang bermaksud ruang, rongga, lubang merujuk kepada "bahagian" tubuh wanita.

Ada jugak yang cakap dari bahasa sanskrit - Renggana yang bermaksud wanita pujaan.

Selain tu ada jugak versi popular lain yang merujuk kepada perkataan "wrong-gang". Istilah yang dilabel kepada orang-orang yang kerap berhibur pada tahun 50an di beberapa tempat hiburan di ibukota.

Kalau perasan, kenyataan KM Melaka sewaktu ditemubual ketika Festival Rentak Bertandak di Bandar Hilir - beliau tidak menyebut "ronggeng" semata-mata. Tapi beliau menyebutnya secara penuh sebagai "Ronggeng Melaka".

Katanya ronggeng Melaka ni adalah versi negeri yang berbeza dari ronggeng lama yang telah pupus. Ronggeng Melaka ni menghimpunkan seni budaya daripada masyarakat Baba Nyonya, Chetti, Portugis, India, Cina dan Melayu dalam satu persembahan harmoni dibawah jenama baharu.

Kalau kita rujuk kenyataan Dr. Mohd Anis Mohd Nor yang pakar dalam bidang etnokoreologi dan etnomusikologi - ronggeng telah disalahtafsir kerana pengaruh luar yang mencemar ronggeng asal (Melaka).

Jadi Ronggeng Melaka ni boleh dikatakan cuba kembali kepada seni tari zaman Kesultanan Melayu Melaka yang penuh dengan nilai tatasusila dan tradisinya. Cuma ianya ditambah dengan kepelbagaian seni dari budaya masyarakat lain yang wujud di Melaka.

Pendapat ini selari dengan kajian yang dilakukan oleh Dr Lawrence Ross, Pensyarah Kanan, Jabatan Sosio-Budaya dan Kesenian Melayu, Akademi Pengajian Melayu (APM) dari Universiti Malaya (UM), yang bertajuk Ronggeng Social Dance and Music. Beliau mengatakan yang ronggeng telah diekploitasi demi keuntungan sehingga hilang nilai asli yang sebenar. Sumber: Berita Harian.
Dr Lawrence Ross

Setakat hari ini Jabatan Mufti Melaka belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan dengan Ronggeng Melaka ini. Namun, di peringkat Pusat, JAKIM telah pun mengeluarkan garis panduan jelas bagi sebarang kandungan hiburan.
Diharapkan takrifan "Ronggeng Melaka" ini dapat memadamkan imej ronggeng yang selama ini telah tercalar dan dilakukan dengan sangat teliti tanpa melanggar sebarang  hukum syarak. Semoga ianya menjadi satu daya penarik baru bagi sektor pelancongan negeri Melaka.











@drakmalsaleh Ronggeng tu dah kenapa?? Apa sebenarnya ronggeng ni?? #drakmalsaleh ♬ Epic Inspiration - Kidmada

Ulasan

Popular