Decathlon baru buka di Melaka - Apa yang korang perlu tahu.

Hari ni baru ada masa nak ke Decathlon Melaka. Actually, baru je bukak sebulan lebih outlet ni. Dah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka pada 30 Mei lepas.

Decathlon Melaka ni merupakan outlet ketiga di Malaysia yang berkonsepkan "stand alone" atau ada banggunan sendiri selain di Shah Alam dan Plaza Arkadia.

Tempat dia memang strategik sebab di apit oleh Aeon Bandaraya dan Hypermarket Lotus. Dekat juga dengan Melaka Sentral. Boleh jalan kaki melalui jejantas Tun Teja.

Kalau korang naik kereta boleh parking di aras bawah sebab Decathlon ni terletak di aras 2. Parking percuma je. Ada tangga dan lif disediakan untuk naik ke atas.

Bila naik je atas terus rambang mata. Lagi-lagi kalau kau tu memang jenis kaki exercise. Aku rasa semua peralatan sukan pun ada dekat situ.

Decathlon Melaka ni terbahagi beberapa bahagian: renang, hiking, camping, jogging, barang gym, badminton, tenis, basikal, kasut roda, bolasepak, ping pong, basketball, pickleball semua pun ada.

Barang-barang dekat Decathlon ni macam biasalah ikut kualiti dan budget korang. Macam kasut running tadi brand Kelenji bawah RM 100 pun boleh dapat.

Yang bestnya dekat sini ada ruang untuk kanak-kanak test kasut roda atau skateboard. Kasut roda percubaan ada disediakan. Free of charge.

Berejam jugak la stuck dekat sini tadi sebab bawak budak-budak datang sekali. Tapi tak apa lah, dari biar diorang main game 24 jam, baik la keluar peluh dekat sini. 😅

Oh ya..dalam ni dilengkapi tandas, surau dan tempat changing room untuk baby. So memudahkan urusan ketika membeli belah.

Jadi kesimpulannya Decathlon Melaka tempat yang tepat untuk korang pergi kalau korang tengah nak cari barang-barang sukan. Sebab dekat sini banyak pilihan, harga yang berpatutan, banyak promosi serta lokasi yang strategik tentu berbaloi setiap ringgit dan sen yang korang belanjakan.




Ulasan

Popular