5 masjid ikonik di Melaka yang harus korang lawati

Kalau korang datang Melaka dan nak jalan-jalan ke tempat yang lain sikit dari biasa, korang boleh lah melawat beberapa masjid ikonik yang ada dekat Melaka ni.

Bawah ni aku senaraikan 5 masjid yang korang boleh singgah kalau korang tengah cari tempat solat dan pada masa sama dapat menghayati keindahan seni bina masjid-masjid tersebut. Zasss...jom..

Masjid Selat

Pertama sekali aku cadangkan korang boleh pergi masjid selat sebab lokasi dia tak jauh dari bandar Melaka. Dalam 10 minit pun boleh sampai. Masjid ni terletak di Pulau Melaka.
Dibina betul-betul ditepian laut selat Melaka, masjid ini kelihatan seakan terapung ketika air pasang. Ruang solat yang disediakan memang luas. Sungguh damai dan khusyuk solat dekat sini. Boleh dengar bunyi ombak menghempas pantai sambil rasa angin sepoi-sepoi bahasa.
Masjid ni menerima kunjungan bukan sahaja pelancong yang beragama islam, tapi yang bukan islam pun dibenarkan untuk melawat, dengan syarat diorang memakai pakaian tutup aurat.
Selain tu masjid ni menjadi satu tempat yang tidak asing untuk sesi shooting gambar perkahwinan dan "port OOTD" geng-geng insta. 😅

Masjid Kampung Hulu

Masjid kedua yang aku nak suggest adalah Masjid Kampung Hulu. Masjid ni antara yang tertua bukan sahaja di Melaka tetapi di Malaysia.

Masjid ni telah dibina tahun 1720 dan sehingga hari ini masih mengekalkan senibina asli bercirikan tradisional melayu, Jawa dan Cina. Masjid ni masih gah bertahan walaupun Melaka pernah dijajah oleh beberapa kuasa besar asing.
Dibelakang masjid ini terdapat makam beberapa tokoh agama dan ulama. Ada juga kepercayaan dalam dikalangan masyarakat setempat yang mengatakan air kolah tempat ambil wudhuk disini mempunyai khasiat perubatan dan kelebihan tertentu. Wallahu a’lam.

Lepas selesai solat boleh lah korang pekena pulak cendol kampung hulu dekat situ. Fuhh..syahdu

Masjid Al-Azim
Ok. Masjid ni pula merupakan masjid negeri. Siap dibina pada tahun 1990. Besar masjid ni. Boleh tampung jemaah sehingga melebihi 10,000 orang pada satu-satu masa.
Masjid ni bumbung dia ada tiga tingkat. Simbolik kepada maksud tariqat, makrifat dan juga haqiqat. Masjid ini aktif menjadi pusat kegiatan agama untuk orang-orang Melaka.
Masjid ini juga dilengkapi dengan audiotarium, dewan kuliah, perpustakaan, taman permainan, dan juga pejabat pentadbiran. Ceramah-ceramah agama berskala besar lazimnya akan dilakukan dekat sini.
Lokasi masjid ini paling mudah untuk korang pergi. Bersebelahan dengan hospital Melaka. Hanya 2KM dari Melaka Sentral. Parking kereta pun banyak disediakan bagi memudahkan para jemaah yang hadir.

Masjid Cina
Masjid ini terletak di daerah Krubong Melaka. Merupakan masjid ketiga di Malaysia yang berkonsepkan kebudayaan Cina. Ianya inpirasikan dari rekabentuk masjid yang terdapat di Beijing, Shanghai dan Xian, China.
Masjid ni mempunyai atap berbentuk Pagoda dan terdapat tulisan-tulisan karigrafi dalam bahasa cina. Tiang-tiang utama berwarna merah terang. Selain tu, masjid ni dilengkapi perpustakaan, dewan serbaguna, pejabat dan taman permainan.
Apa yang aku nak puji, tandas dia memang bersih gila. Tiptop. Masjid ni berdekatan je dengan stadium Hang Jebat.

Masjid Tengkera
masjid ni juga antara yang tertua di Malaysia tau selain masjid kampung hulu. Dibina sekitar tahun 1728. Terletak di jalan Tengkera. Dulu masjid ni masjid negeri. (Sebelum terbinanya masjid Al-Azim pada tahun 1990).
Senibina masjid ni pulak adalah campuran 3 budaya - melayu, cina dan juga jawa.
4 tiang kayu utama didalam masjid ini masih teguh dan utuh menyokong bumbung dan kubah masjid.
Ruang dalaman masjid ini terdapat ukiran-ukiran kesenian nusantara. Di kawasan luar masjid ini pulak terdapat makam Sultan Hussien Muhammad Shah iaitu Sultan Johor ke-17.

Jadi kesimpulannya masjid bukan sahaja tempat untuk beribadat tetapi ianya adalah tempat untuk kita menghayati kehalusan senibina dan mengenali sejarah dan budaya setempat. Kalau korang ke Melaka, tak rugi melawat ke masjid-masjid ikonik ni.

Mana Lagi?....Melake Lerrr

--------------------------------------------------------
Nak cari hotel di Melaka? booking di Trip.com. Pelbagai bilik ditawarkan mengikut budget korang. Klik disini 👉 https://trip.tpm.li/l4NI63uB


Ulasan

Popular