3 banglo di Ayer Keroh jadi "port" jual baja secara haram dan raih RM400,000 sebulan!

Seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian baru-baru ni, satu serbuan telah dilakukan ke atas 3 buah banglo yang terletak di Ayer Keroh membabitkan aktiviti pemporesan dan penjualan baja.

Dilaporkan hasil pendapatan jual baja ni dalam tiktok mencecah RM 400,000 setiap bulan. Fuhh..masyukk!

Ada 15 orang pekerja menguruskan operasi.

Pihak berkuasa jumpa 41,000 Kg baja

Pemilik syarikat bagi alasan tak tahu kena ada lesen sebab tuan rumah membenarkan perniagaan seperti itu.

Kes pertama di Melaka dan mungkin juga kes pertama di Malaysia.

Melihat pada komen di media sosial ramai yang kecam tindakan penguatkuasa menyerbu perniagaan baja tu.

Tapi kita kena ingat yang ada akta untuk terlibat dalam aktiviti jual baja ni. Perlukan lesen operasi.

Contoh bagi kes ni, siasatan awal KPDN Melaka mendapati dua kesalahan telah dilakukan iaitu mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 dan Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972.

Sumber: https://www.kosmo.com.my/2025/07/15/tiga-buah-banglo-diserbu-simpan-41000-kg-baja/#google_vignette

https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian..my/ampArticle/738821



Ulasan

Popular