Nak tahu Pizza sedap dekat Melaka?

Siapa dekat sini suka makan Pizza? Kalau korang ke Melaka dan tiba-tiba teringin nak makan pizza boleh lah pergi ke satu restoran bernama Aurelia Pizza yang berada betul-betul di tepi Sungai Melaka. Berdekatan juga dengan Stadthuys. Korang perasan kan ada satu deretan banggunan merah. Dekat situ la restoran ni berada.

Ok. Apa yang special dekat sini adalah pizza yang dihidangkan adalah mengikut citarasa Itali. Lebih tepat ianya adalah jenis "Napolitina Pizza" dimana ramuan dan bahan-bahan digunakan adalah di import khas dari negara itu. Kelainan Napolatina pizza adalah ianya menggunakan bahan-bahan yang segar serta doh yang perlu diperap selama 24 jam. Kemudian dibakar dalam oven khas yang kepanasannya melebihi 400 darjah celcius.


Setiap pizza yang dihidangkan ibarat hasil seni kerana tidak seperti american pizza yang kita makan di restoran franchise yang terlalu tebal dan kadangkala cepat terasa muak, disni pizzanya lebih nipis tetapi taburan (topping) diatasnya lebih banyak dan terasa.


Ada pelbagai pizza di sini seperti beef salami, margherita, fiocco, smoke duck, chicken satay, seafood, wagyu, pesto, vegetarian dan veal becon. Best seller dekat Aurelia Pizza ni adalah beef salami dan smoked duck. Hirisan daging, keju dan sos tomato memang ngam makan masa tengah panas.


Selain itu disini juga ada menu lain seperti homemade pasta, pizza fritta dan juga calzone. Oh ya, pencuci mulut pun ada tau macam tiramisu, scone, pineapple walnut carrot cake, apple crisp, brownie dan sourdough waffle. Semua dessert ni adalah homemade dan dibuat sendiri oleh pemilik restoran.


Pengemar kopi pun boleh duduk lepak dekat sini. Ada pelbagai pilihan kopi. Kalau aku, aku suka spanish latte dia. Manis-manis lemak macam tu.


Dari segi harga pulak memang sedikit tinggi daripada pizza dekat tempat lain. Tapi memandangkan lebih 75% bahan-bahan pizza ni di import dari Itali dan terletak di tempat tumpuan pelancong, jadi aku rasakan ianya masih berbaloi untuk kita sesekali makan dekat situ.


 Ok, sekian saja aku punya review tak berbayar restoran Aurelia Pizza ni. Kesimpulannya kalau korang nak rasa pizza Itali yang lain dari lain sambil menikmati panorama ditepi sungai Melaka, bolehlah datang berkunjung okey? Restoran ni dibuka setiap hari dari jam 4 petang sehingga 11 malam.

                              


Ulasan

Popular

Homestay Blue Wave Melaka (Kota Laksamana)