Jogging di Dataran Klebang, Melaka


Selain Bukit Serindit yang terletak di kawasan Melaka Tengah, ada satu lagi lokasi menarik untuk warga Melaka beriadah iaitu tak lain tak bukan di Dataran Klebang. Lokasi google maps: https://maps.app.goo.gl/UokXM6SuJ3hSjEp86

Dataran Klebang atau dulunya dikenali sebagai Dataran 1Malaysia terletak di pesisir pantai Klebang. Trek jogging ni mempunyai jarak sejauh 1 KM bagi melengkapkan satu pusingan besar (petak). Jadi senang untuk korang set siap-siap berapa KM yang korang nak jogging hari tu.

Trek jogging di Dataran Klebang ni jugak lebih landai dan rata. Sesuai untuk sesiapa sahaja yang nak mula bersenam atau nak bawak anak-anak kecik sekali dekat sini. Kalau nak datang sini korang boleh parking kereta atau moto korang dekat sebelah trek ni je (sebelah dalam). Banyak kotak parking yang MBMB dah sediakan.


Tapi AWASSS merbahaya jogging dekat sini sebab waktu petang banyak food truck berderet tepi trek ni. Banyak makanan sedap-sedap dan mengiurkan akan menguji iman korang. Dari aktiviti membakar lemak terus bertukar aktiviti menambah lemak.😂


Kesimpulannya trek jogging dataran klebang ni best jugak, antara trek jogging yang santai dengan suasana di tepian pantai sesuai untuk aktiviti riadah seisi keluarga.


Ulasan

Popular

Homestay Blue Wave Melaka (Kota Laksamana)