Beli rumah atau sewa rumah: Mana satu sesuai untuk korang?


Bila cakap je pasal nak cari rumah yang sesuai untuk duduk, antara dilema kebanyakkan orang adalah sama ada nak beli ke atau nak sewa dulu.

Dua-dua ni pun ada "pro and con" dialah. Cuma nak kupas sikit apa perbezaannya itu supaya dapat bantu korang untuk buat keputusan.

MODAL
Untuk beli rumah, modalnya tinggi berbanding sewa. Biasanya korang perlukan atleast 10% deposit. Contoh kalau harga rumah tu harga 300K. Korang perlu ada sekurang-kurangnya 30K sebagai deposit. Itu belum termasuk bayaran peguam dan juga MOT. Melainkan kalau pemaju (projek rumah baru) dapat berikan insentif-insentif tertentu.

Untuk sewa lebih rendah sikit modal awal. Biasanya deposit sewa satu bulan + bayaran sewa semasa + utilities (1+1+utilities). Kalau pakai ejen mungkin ada caj tenancy agreement (upah matikan stem) dikenakan. Namun, masih rendah berbanding kos untuk beli rumah.

NAK FLEKSIBEL ATAU NAK STABIL?
Kalau beli rumah dan rumah tu jadi kepunyaan korang, ianya lebih stabil kerana korang mempunyai kawalan penuh terhadap rumah tersebut. Tiada siapa boleh arah korang untuk berpindah keluar selagi korang bayar bulanan bank dengan baik. Sesuai untuk orang yang sedang berkeluarga dan dalam fasa membesarkan anak-anak.

Untuk sewa pulak, korang tak mempunyai kawalan penuh terhadap rumah tersebut. Walaupun korang bayar sewa dengan baik namun tuan rumah mempunyai kuasa untuk tidak menyambung kontrak sewaan korang. Namun, bagi korang yang masih muda dan baru bekerja, pelajar atau sesiapa yang baru nak kenal sesuatu tempat kejiranan tu, sewa adalah sesuai untuk korang. Korang boleh "feel vibes" dulu sebelum korang buat keputusan beli rumah tu nanti.

KOS SELENGGARA
Kalau rumah tu milik korang, korang kena la tanggung kos semua kerosakkan. Pintu rosak ke, paip pecah ke, siling bocor ke. Semua korang kena tanggung. Melainkan korang baru beli rumah dari pemaju biasanya ada "defect liability period" selama 2 tahun. Dan ingat ya, setiap tahun ada bayaran cukai pintu dan kalau rumah jenis strata ada bayaran maintenance cost setiap bulan jugak.

Untuk sewa pulak korang tak boleh suka hati nak renovate rumah yang korang duduk tu. Dan kos kerosakkan rumah secara semula jadi (bukan yang korang buat) perlu ditanggung oleh tuan rumah. Dan kos ni biasanya diselesaikan atas perbincangan antara penyewa dan tuan rumah. Ada kes tuan rumah minta penyewa bayar dulu kemudian tolak sewa bulan berikutnya.

PULANGAN PELABURAN
Selain beli rumah untuk duduk, korang jugak boleh beli rumah untuk buat pelaburan. Bayaran sewa yang diperoleh boleh digunakan untuk membayar pinjaman bank. Nilai hartanah juga lazimnya akan semakin naik. Bergantung kepada faktor seperti permintaan dan lokasi hartanah tu.

Untuk sewa pulak tiada pulangan pelaburan hartanah namun jika korang dapat menyewa rumah yang bayaran bulanannya rendah, lebihan pendapatan korang boleh simpan dekat tempat lain seperti saham, ASB, Tabung Haji dan sebagainya.

Jadi kesimpulannya tiada satu jawapan yang betul berkenaan beli rumah ataupun sewa rumah ni. Semuanya bergantung kepada keperluan setiap individu tu. Setiap orang ada gaya hidup yang tersendiri. Jadi buatlah keputusan mengikut keperluan korang sendiri. Jangan sesekali terikut gaya hidup orang lain. Tepuk dada tanya selera. Jadi korang boleh la guna point dekat atas ni untuk nilai keperluan diri korang. Harap dapat membantu. 😉

******
Pada yang sedang cari rumah di Ayer Keroh, Melaka. D'Bayu Residen menawarkan rumah dengan konsep Dwi Kunci (Dual Key). Bermakna pemilik rumah boleh duduk dan sewakan rumah mereka pada masa yang sama. Nak tau lebih lanjut? call/whatsapp Hazwan/Wan Melaka +60132786270 

Terima Kasih 🙏

#Condominium #Ayerkeroh #dbayuresiden #melaka

Ulasan

Popular