Bagaimana kondominium di Ayer Keroh ini membantu perkembangan anak-anak anda.
Bagi menyerlahkan potensi anak-anak, seharusnya ibu bapa membenarkan anak mereka meneroka dunia mereka sendiri. Ini penting kerana melalui penerokaan mereka belajar dan mengetahui perkara-perkara baru. Tetapi kadangkala kita sebagai ibu bapa risau melepaskan anak-anak kita disebabkan risiko bahaya yang mungkin berlaku pada mereka.
Persekitaran yang selamat penting untuk membantu perkembangan anak-anak. Kediaman yang selesa serta menpunyai pelbagai kemudahan akan membolehkan perkembangan mereka menjadi lebih baik. Maming Holding Sdn Bhd sedang membangunkan kediaman kondominium di Ayer Keroh, Melaka yang menyokong kepada keperluan ini.
D'Bayu Residen yang sedang dibina di Ayer Keroh dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tadika, kolam renang kanak-kanak, bilik permainan, bilik bacaan, taman permainan dan juga gelanggang bola keranjang.
Kediaman ini menyediakan pengawal keselamatan dan juga pengawasan CCTV 24 jam. Selain itu juga, setiap akses masuk perlu melepasi 3 tapisan keselamatan (3-tier security). Ini tentunya memberi perlindungan kepada anak-anak anda ketika mereka bebas bermain.
Pada hujung minggu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama anak-anak di sekitar D'Bayu Residen seperti lawatan ke zoo Melaka, Taman Botanikal, Taman Rama-Rama, Taman Buaya, Melaka Wonderland and Theme Park, Taman Seribu Bunga, Melaka Snow World, kawasan rekreasi tasik Ayer Keroh dan Kidzoona Aeon Ayer Keroh.
Selain itu, salah satu faktor penting adalah tentang rawatan kesihatan. Jika apa-apa perkara kecemasan berlaku terutamanya melibatkan anak-anak anda, ada dua hospital yang berdekatan. Pertama, pusat rawatan Pantai Hospital hanya 1.5 KM dan yang kedua adalah Hospital Melaka 3.5 KM.
Jika anda ingin membeli barangan dapur atau keperluan keluarga, anda boleh jalan kaki sahaja ke Aeon Ayer Keroh. Terdapat pelbagai restoran, farmasi, pejabat pos, kedai buku dan lain-lain. Anda juga boleh ke MBO Melaka Mall untuk menonton wayang bersama keluarga anda.
Kesimpulannya D'Bayu Residen - Ayer Keroh yang menpunyai pelbagai fasiliti serta terletak di kawasan strategik dapat memberikan satu kediaman yang tenteram dan harmoni untuk anda sekeluarga. Kediaman bukan sekadar rumah tetapi ianya adalah ruang untuk anda mencipta memori indah bersama keluarga.
Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh hubungi +013-2786270 (Hazwan) atau lawati galeri jualan kami. Google Search sahaja "D'bayu Residen Sales Gallery" untuk ke galeri jualan.
Ulasan
Catat Ulasan