Apa itu duti stem dalam proses jual beli rumah?

Kalau korang dah confirm berkenan nak beli satu-satu rumah, korang kena tahu pasal satu lagi perkara penting yang selalu pembeli terlepas pandang.

Iaitu duti stem

Duti stem ni adalah satu bentuk cukai yang dikenakan oleh kerajaan keatas dokumen undang-undang.

Duti stem ni ada dua. Satu duti stem yang dikenakan pada S&P (Kos RM 10). Satu lagi yang dikenakan pada memorandum of transfer (MOT) - Yang ni makan kos ribuan ringgit.

Ok..Sekarang ni aku nak cerita lagi lanjut pasal duti stem pada MOT ni. Kadar dikenakan bergantung pada harga rumah tersebut.

RM 100,000 pertama = 1%
RM 400,000 seterusnya = 2%
RM 500,000  seterusnya = 3%
RM 1,000,000 seterusnya = 4%

Contoh korang nak beli rumah harga RM 600,000. Jadi pengiraannya macam ni:

RM 100,000 x 1% = RM 1000
RM 400,000 x 2% = RM 8,000
RM 100,000 x 3% = RM 3,000

Jumlah keseluruhan duti stem = RM 12,000

Cuma untuk pembeli rumah pertama kerajaan mengecualikan cukai pada mereka 100%. Bermaksud, mereka tidak perlu menanggung langsung kos ini.

Jadi, sebelum korang beli rumah idaman. Korang kena tahu berapa kos stem duti yang perlu dibayar. Kelewatan membayar stem duti ini akan mengakibatkan urusan penukaran hak milik rumah terganggu dan boleh mengakibatkan korang dikenakan penalti.

#DutiStem
#Melakaproperty
#Dbayuresiden

Ulasan

Catatan Popular