Big Bad Wolf MITC Melaka 2025

Tau tak semua yang Big Bad Wolf kini sedang berlangsung di MITC Melaka bermula 20 Feb - 2 Mac 2025. Rambang betul mata. Macam-macam jenis buku dijual seperti buku aktiviti kanak-kanak, non-fiction, novel, bacaan umum, alat tulis, dan juga cenderahati.

Jualan buku dibuka bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Semalam aku beli buku lebih RM 150 dalam satu resit then dapat voucher RM 10.

Dekat sini jugak ada mini indoor playground untuk budak-budak bermain sambil mak bapak boleh la menyelam cari buku.
Kalau tak ada apa-apa plan weekend ni boleh la korang datang berkunjung ke Big Bad Wolf..

Dimana? Melaka lerrr ✌️✌️

Ulasan

Catatan Popular