Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Lawatan Sambil Belajar di Melaka

Cikgu-cikgu tengah cari destinasi lawatan untuk pelajar sekolah? Jom menginap di Tun Fatimah Riverside Hotel dan terokai tempat-tempat menarik dan bersejarah di Melaka dengan mudah. Hotel berdekatan dengan: 1. Stadthuys 2. Jonker street 3. Sungai Melaka 4. Kampung Morten 5. A Famosa 6. Bukit Melaka 7. Muzium-muzium sejarah 8. Tempat Beca 9. Melaka River Cruise 10. Menara Taming sari 11. The shore oceanarium 12. Little India 📢 Promosi harga bilik istimewa untuk sekolah-sekolah dan pusat pengajian seluruh negara! Tentunya lebih jimat dan lebih berbaloi! Jangan lepaskan peluang untuk memberikan pengetahuan tentang jejak warisan dan sejarah negara buat para pelajar anda. Tempah sekarang melalui WhatsApp: 📲 Hubungi kami: 011-59919884 atau klik link di bawah: wa.me/+601159919884 #TunFatimahRiversideHotel #LawatanSambilBelajar #MelakaBersejarah #PakejSekolah #Melaka #murah

Tunku Abdul Rahman di Melaka: Sejarah Kemerdekaan di Padang Pahlawan.

Korang tau tak yang Allahyarham Tunku Abdul Rahman selepas berunding dengan pihak British untuk merdekakan Tanah Melayu, beliau tak terus pulang ke Kuala Lumpur tapi Tunku memilih datang ke Melaka terlebih dahulu.

Pesawat Malayan Airways (nama lama MAS) yang bawak Tunku selamat mendarat dekat lapangan terbang Batu Berendam pada 20 Februari 1956.

Kemudian Tunku diarak dengan penuh gilang gemilang. Berpuluh ribu rakyat hadir dari segenap pelusuk negara mengiringi Tunku sampai ke Bandar Hilir.

Selepas lebih 400 tahun Melaka dijajah, Tunku datang ke negeri ini dan mengumumkan Persekutuan Tanah Melayu akan merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957.

Padang Pahlawan di Bandar Hilir menjadi saksi laungan awal Merdeka! di Tanah Melayu.

Pentas tempat Tunku berucap terdapat kain rentang tertulis:

DIATAS RUNTUHAN KOTA MELAKA KITA DIRIKAN NEGARA BARU

**Al-Fatihah buat Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan.





Ulasan