Kenapa Family Store Melaka Jadi Supermarket Kegemaran Ramai
Tadi pergi beli barang basah kejap. Orang Melaka ni kalau plan nak beli barang dapur, tak sah kalau tak pergi pasaraya Family Store.
Korang pernah terfikir tak kenapa orang sini suka sangat pergi Family Store walaupun banyak supermarket lain datang buka dekat Melaka.
Family Store dah bertahan 34 tahun dekat Melaka. First outlet dia buka dekat Sungai Udang pada tahun 1990. Kemudian slow-slow dia buka outlet dekat tempat lain. Setakat hari ni, dah ada 13 outlet Family Store seluruh Melaka.
Bagi aku bisnes model Family Store ni dia lebih berfokus untuk jadi pioneer dekat Melaka. Dia tak macam pasaraya lain yang agresif buka banyak outlet dekat setiap negeri tapi susah nak kekal. Contohnya pasaraya Gian* yang dekat Bachang tu. Pasaraya gah besar tapi akhirnya tutup.
"better be a big fish in small tank rather than a small fish in the big tank". - orang putih cakap.
Selain tu Family Store ni konsep dia berada antara vibe pasar pagi dan supermarket premium. Orang still nak rasa vibe pergi pasar tapi pada masa sama nak rasa selesa. Jadi dia penuhi gap tengah tu. Dia ada niche dia sendiri.
Barang dia pulak kalau korang perasan sentiasa penuh. Baik barang-barang kering yang dekat rak atau barang-barang basah. Dia jamu dulu mata pelanggan. Pelanggan pulak lepas tu jadi syok nak pilih barang. Supply chain dia memang padu. Staff ramai untuk topup barang-barang.
Lepas tu ada pulak add on value tolong siang ikan dengan potong ayam. Memang la makcik Kiah sama makcik Senah suka. Balik terus boleh masak untuk family masing-masing.
Satu lagi kelebihan kalau shopping dekat Family Store adalah BEG PLASTIK. Mungkin bunyi macam remeh tapi beg plastik ni banyak bagi kesenangan kalau kita nak bawak masuk barang-barang dalam kereta. Jangan salah sangka pulak, diorang bagi beg plastik yang jenis bio-degradable punya. Yang mudah terurai dan mesra alam sekitar.
Harga barang dia pulak bagi aku masih berpatutan. Ada beberapa peniaga makanan yang aku kenal memang beli dekat Family Store berbanding dengan beli dekat tempat lain.
Kejayaan Family Store ni bagi aku bukan satu kebetulan. Tapi perancangan rapi untuk jayakan visi mereka sejak dari awal lagi untuk jadi pasar raya popular di Melaka, memberikan perkhidmatan yang dipercayai, konsistensi kualiti produk, harga berpatutan dan lokasi kedai yang strategik.
Untuk pengetahuan korang pengasas Family Store iaitu mendiang Encik Tang Ah Kau baru saja meninggal dunia pada 8 Ogos 2025 lalu. Salaam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga mendiang.
Korang pun suka pergi Family Store jugak ke? Komen sikit outlet mana...😁
Ulasan
Catat Ulasan