Jalan-jalan ke Mamee Jonker House


Kalau korang datang Melaka korang perasan tak ada banyak signboard dekat tepi jalan gambau raksasa biru ni?

Ini la dia Mamee monster. Asal piau Melaka. Beranak (kilang) dekat Ayer Keroh. Siapa yang lahir tahun 80-an cukup sinonim dengan snek mamee monster ni. Koyak, masukkan perencah, goncang-goncang dan apa lagi...krup krap krup krap terusss.
Tapi korang tau tak mamee monster ni ada rumah dekat area Jonker street. Ramai tetamu datang ke rumah makhluk berbulu biru ni setiap hari. Dah jadi salah satu tempat tarikan pelancong dekat Melaka.
Ini dia lokasi Mamee Jonker House. Korang boleh klik link ni. (https://maps.app.goo.gl/UGoABKiTMCV7LgJN7)


Dekat dalam ghumah dak Mamee Monster ni ada macam-macam benda tau.
Selain produk-produk keluaran Mamee, cendramata pun banyak dijual. Yang aku perasan barang-barang dekat sini memang rare. Tak dijual dekat tempat lain. Ada tshirt, cawan, botol air, beg dan bermacam-macam lagi lah. Comel-comel semua.


Pada abang kakak yang ada anak kecik, boleh jugak bawak anak-anak datang ke sini. Serlahkan kreativiti diorang dengan aktiviti "Noodle Doodle". Boleh sama-sama duduk dan warnakan sendiri noodle cup diorang.




Ohh yaa...noodle cup tu korang jugak boleh order ikut citarasa korang sendiri. Nak pedas ke, nak carrot lebih ke, nak cendawan lebih ke, semua boleh adjust sebelum dibungkus. Korang boleh lihat sendiri bagaimana proses mamee noodle cup dihasilkan.
Mamee Jonker House dibuka setiap hari (kecuali hari Selasa) dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Korang jangan datang malam pulak. Mamee monster tengah tidur. 😂



Siapa dekat sini pernah masuk rumah dak Mamee monster ni..meh share sikit pengalaman korang..



*********************
Iklan sikit ye...Kalau korang tengah cari hotel budget yang selesa di tengah bandar Melaka, boleh roger wan ya. Kami ada beberapa pilihan hotel. Nak booking Whatsapp wa.me/+601159919884. Terima kasih.😊

Ulasan